ADUN DAMANSARA UTAMA

PROUDLY SERVING THE PEOPLE & COUNTRY

WELCOME

Sukacita saya berpeluang mencatit sepatah dua kata dilaman kita. Parti Tindakan Demokratik (DAP) sedang memasuki fasa yang baru selepas pilihanraya Mac 2008.

Ekoran daripada keputusannya, DAP bermaklum balas dengan pendekatan yang selaras dengan isi  hati rakyat, khasnya anak-anak Selangor. Di Petaling Jaya kawasan  pilihanraya Damansara Utama, ahli-ahli serta penyokong-penyokongnya sekumpulan dengan ahli dewan undangan negeri (ADUN) membentuk satu pasukan perkhidmatan bergelar D.U.S.T ( Damansara Utama Support Team). Tujuan DUST ialah untuk berkhidmat untuk rakyat dan menolong DAP berkembang.

Objektif-objektif termasuk 1) Berkhidmat untuk penduduk-penduduk kawasan tersebut, 2) Menyeleraskan aktiviti untuk penduduk-penduduk, ahli, penyokong dan ADUN, dan 3) Menolong pentadbiran (Kerajaan Negeri Selangor, Ahli-ahli Majlis Mesyuarat (Exco), badan-badan kerajaan tempatan, dll.) menguruskan ekonomi negeri supaya mencapai tahap yang lebih tinggi dan taraf hidup yang baik. Untuk menunaikan objektif-objektif tersebut, DUST mengendalikan tiga (3) pusat perkhidmatan; pusat utama di 54A, Jln SS2/24 PJ, beserta dua yang lain di Restoran Busy Corner (Damansara Jaya, PJ) dan di Restoran Maharia PJ(SS4,PJ). Melalui pusat-pusat, aktiviti-aktiviti, pertemuan semuka, laman web ini, media massa dan berbagai cara lain, semoga DUST dapat berkhidmat dan memastikan Damansara Utama memasuki abad yang cemerlang, makmur dan aman.
  

Sekian.

Dr. Cheah Wing Yin
ADUN, Damansara Utama 

 

 LAUNCHING OF DAMANSARA UTAMA SERVICE CENTRE


 

 MOBILE SERVICE CENTRES

* MAHARIA ( 1st and 3rd Tuesdays - 8.00 p.m to 10.00 p.m )

* BUSY CORNER ( 2nd and 4th Tuesdays - 8.00 p.m - 9.30 p.m )